Songsszzzz...

Friday 25 April 2014

SENYUM TIDAK BERMAKSUD BAHAGIA, SEDIH TIDAK BERMAKSUD KECEWA...

Salam. Ok cerita 24 APRIL 2014, pukul 1.00 pm. Saya jumpa someONE yang saya (Ehemmmm). Walaupun bekas kekasih tapi setelah beberapa tahun lamanya saya tidak melihatnya, seperti biasa dia sangat cantik seperti dulu. Baru saja pulang dari Universiti. Hahaha. So, ambil kesempatan masa yang ada temankan si dia. Sempat jua kami makan bersama. Teringat pula ketika itu ber"DATING" di Melaka. Sangat indah waktu itu. Tubuhnya kelihatan kurus sedikit berbanding dahulu. Namun suara dan tawanya langsung tidak berubah. Mungkin juga selepas 3 tahun tidak berjumpa, dia berubah??

SENYUM TIDAK BERMAKSUD BAHAGIA. Sinis tetapi fahamkan maksudnya. Melihatkan si dia, saya tersenyum. Namun pertanyaan saya tentang kekasihnya melihatkan keadaan si dia, seperti ingin mengelakkan sesuatu. Ntah saya pun tidak tahu. Saya hanya mampu tersenyum melihat gelagatnya menjawab soalan saya. JANGAN SILAP FAHAM. Walaupun si dia punyai kekasih, saya tidak berniat merampasnya dari sesiapapun termasuklah kekasihnya "SS". Jangan pula anda membacanya anggap saya  ni perampas. TIDAK! Dan saya juga tau batas saya.

Waktu itu, saya hanya terbayang saat si dia disakiti oleh SAYA. Hahaha. Ketawa tapi cukup perit saya nak terima. Cukup sakit untuk saya telan. Sebabnya, saya dah ceritakan dalam "HARGAI SELAGI "DIA" MASIH ADA...". Lepas 3 tahun lamanya, hari ini si dia di depan saya, si dia makan bersama saya dan si dia, saya akan tinggalkan untuk selama-lamanya. Kenapa?? Sebab anda kena faham suatu perkara tentang hidup ni. Yang pergi tidak akan kembali. Walau sejauh mana anda mengejar, kalau si dia menyanyangi insan lain, adakah anda sanggup merampas kebahagiaan si dia? TIDAK SAMA SEKALI.

Apa yang saya faham melalui si dia, tiada peluang kedua untuk saya. PERKATAAN INI SAYA PASTI RAMAI YANG TAU. Kalau dah sekali anda buat masalah, tidak kiralah sama ada bercinta, kerja, dalam keluarga, bila satu perkara yang ditegah dan dilarang anda buat juga, mustahil untuk kali ke 2 di beri peluang. Betul tak?? Memang. Manusia bukan semuanya sempurna. Tapi bukankah manusia juga mahukan kesempurnaan?? Pembelajaran hari ni yang saya dapat, "BUKAN UNTUK KALI KE-2, FAHAM?"

Waktu itu saya hanya menunggu masa yang berlalu. Amat singkat waktu pertemuan kami. Dan lagi pembelajarannya. Hari ini Allah S.W.T makbulkan doa saya untuk jumpa si dia. Pelik kan? Dalam keadaan yang tergesa-gesa dan tidak pula saya rancang. Sebabnya saya keluar rumah secara tiba-tiba. (RINDU SANGATLAH). Datang-datang je kami solat berjemaah di masjid di Larkin. Alhamdulillah. Dia masih seperti dulu. Selesai solat, tiba-tiba saya terfikir sesuatu. Dalam banyak-banyak hari mengapa mesti hari ini kami berjumpa. Akhirnya selepas selesai temani si dia pulang menaiki bas, baru saya sedar. Mungkin ini yang terakhir. Sebab si dia ingin mengejar cita-citanya. Habis pula DEGREE, si dia ingin berkahwin. Mungkin jua dengan kekasihnya sekarang. Saat itu saya hanya mampu tersenyum. Bahagia ke??

SEDIH TIDAK BERMAKSUD KECEWA. Dah lumrah manusia. Melihat orang yang kita sayang pergi dan masa yang ada memang terlalu singkat. Dari couple sehinggalah kehari ini. Tidak pernahnya kami keluar "dating" sampai lewat malam. Sebabnya menjaga maruah si dia. Ingat SANG TERUNA. Bercouple boleh. Bawak anak dara orang dating pon boleh. Tapi elakkan dating sampai malam buta, dan datingla tempat terbuka. Supaya tiada SI TANDUK DUA a.k.a SETAN. Batas pun jaga. Kita orang ISLAM kan?? Saat si dia pergi, tiba-tiba sahaja ada air jatuh dari mata. Wahhh. Kacau ni! Lagak macam macho je. BEKAS KEKASIH BLAH PON NAK NANGIS APE?? Bukan. Itu adalah tanda syukur dan terima kasih dan juga hargai si dia sudi berjumpa dengan saya. Faham?? (COVER LINE). Hahhahaa.

Tujuaan saya cerita ni, untuk pendedahan kepada semua. Mana tau kot-kot boleh jadi filem kan?? Ada juga teringin nak menulis novel. Tapi bukan perkara mudah. Semuanya atas mesti ada dugaan dan cabaran. Cuma mungkin saya boleh beri idea je la. Hahaha. Sejujurnya cara saya ni mungkin juga ada yang beranggapan saya MASIH BERHARAP pada si dia. Kalau saya berharap pada si dia pun tiada masalahnya. Betul? Tapi saya tidak akan mengharapkan si dia kembali pada saya. Sebabnya si dia sudah pun bahagia. Saya?? Haaa. Cam ni gak la noooooo. Kongsi-kongsi cerita. Dan saya pun ingin mengejar cita-cita saya juga.

Apa yang saya nak kongsikan di sini, anda nilaikan. Cara anda menghadapi bekas kekasih anda. Sama-ada masih sayang ataupun sudah benci. Kalau saya yang masih sayang lagi ni la cara saya. Tapi kalau si dia memang saya tau benci. Tak payah cakap pun saya tau dah. Hehehe. Tapi bukan semua yang di harap baik semuanya baik, dan tidak pula yang buruk semuanya buruk. Kadang-kala membiarkan si dia merasai dengan hati lebih indah dari berterus-terang. Cuba dapatkan sesuatu yang terbaik itu pilihan saya. Walau saya ni JAHAT, saya selalu nakkan sesuatu yang lebih baik. Walau yang baik itu sukar untuk saya gengam. Faham kan??

Kadang-kala kalau kita mencintai seseorang, tapi dia tidak pernah sedar, dan tidak pula memandang kita, biarkan Allah S.W.T menjaganya untuk kita. Itu lebih baik. Ikhlaskan pemergian seseorang untuk kebahagiaannya sendiri pun penting. Jangan pula kita bersikap pentingkan diri. Cuba bersikap terbuka. Walaupun si dia mencintai kekasihnya sekarang, adakah itu membuatkan saya berputus asa?? Dan saya menyerah bulat-bulat pada takdir?? Macam saya kata sebelum ni. Jadi yang lebih baik dari sebelumnya. Itu lebih baik. Doa, tawakal, usaha itulah senjata terkuat orang Islam. Allah kan ada?? Kalau tanya saya tidak sedih ke? Atau orang akan cakap macam tiada orang lain lagi yang lebih baik. Jawapan saya mudah. Sedih tapi suka. Sebab saya dapat tengok kebahagiaan orang lain. Memang ramai manusia di bumi Allah ni. Tapi adakah serasi dengan kita?? Haaaaaaaaaa...

Kita pun kadang-kadang kena korbankan diri untuk orang lain. Macamlah anda tidak pernah buat kot? Saya ambil keputusan tinggalkan semua kenangan ini pun sebab saya tidak mahu mengecewakan si dia. Apa guna kiranya si dia kembali pada saya tapi hati benci sampai 7 keturunan?? Dan bagaimana pula perasaan kekasihnya sekarang kalau si dia kembali pada saya?? Kalau tanya saya, saya dah letih nak tengok dia sedih sebab saya. Relakan si dia untuk insan lain adalah lebih penting. Kebahagiaan si dia kebahagiaan saya juga. So, kesimpulannya, haaaaaaaa. Anda sendiri lah simpulkan. Dah baca post ni, anda fikir balik. Yang penting hati tu kena lembut. Hahaha. Kalau hati tu umpama macam STEEL better padam je laptop tu. Sebab ini pendapat dan pandangan saya. Setiap manusia kan mempunyai pandangan berbeza-beza. Ok. Selamat malam semua.

Salam...