Songsszzzz...

Sunday 2 March 2014

HARGAI SELAGI "DIA" MASIH ADA...

Assalamualaikum dan salam sejahtera sahabat...

Tiap kali muharam pasti diri ini teringat seseorang..siapakah si DIA? Adalah...Cuma ingin berkongsi sedikit tentang pengalaman saya ketika waktu "jahil" dulu. Seperti insan lain, waktu zaman remaja itu indah. Dapat merasai pelbagai pengalaman sama ada baik ataupun buruk, pengalaman kerja, lepak-lepak bersama kawan, dan macam-macam lagilah. Bohonglah setiap manusia tidak ada pengalaman seperti itu.

Waktu zaman peralihan bila mana sebelum saya masuk ke universiti awam, masa kerja la lepas spm, hati mula menyukai seseorang gadis yang cukup sopan,cukup sempurna lah pada saya dan yang paling penting "ajar" saya tentang agama walaupun sebenarnya dan hakikatnya saya pon tahu tentang agama. Alasannya adalah untuk mengetahui sejauh mana keimanan si DIA yang berjaya menambat hati ni.

Tiba-tiba terbau suatu yang harum ketika saya sedang sebok mengangkat barang-barang di stor di sebuah pasar raya di JB. Bila pandang, Ya Allah, cantiknya  wajah gadis ini. Bisik hatiku. Siapakah dia? Masa tu dia bekerja sebagai promoter. Saya pula sebagai cashier line tapi budak suruhan la. Hantar duit. Kira diberi kepercayaan dan tanggungjawab jaga cashier line. Gadis tu pun melangkah pergi tanpa melihat saya.

Petang itu, ntah mengapa tiba-tiba bau yang harum tadi menjengah kembali hidung ni. Rupanya si DIA melangkah pergi ke surau untuk menunaikan solat. Itu yang buatkan saya ingin mengenalinya dengan lebih dekat tapi disebabkan pengecut, tak mampulah. Seingat saya 2 hari je dia kerja di situ. Lepas tu dia lesap ntah kemana. Tapi nak dipendekkan cerita akhirnya cashier line yang saya jaga selama ni kakaknya kerja bersama saya. Masa tu punyalah suka. Hahaha..

Lepas tu, saya mintak tolong kakaknya sebab hati sudah pun terpaut. Nak dipendekkan cerita lagi, saya pon berkenalan dengan adiknya iaitu si gadis itulah. Memang indah waktu tu sebabnya saya belajar di hujung utara malaysia manakala si dia cuma di Johor. Memang tidak dapat dinafikan lah dia tidak pernah melihat saya. Tapi kitorang couple juga masa tu. Cinta jarak jauh. Tapi hidupnya pada saya ketika itu mula berubah. Itupun lepas dia melanjutkan pelajaran ke peringkat degree. Pandai lagi dialah dari saya. Hahaha.

Masa itu, hidup die macam tidak endahkan saya. Dan lupa nak beritahu. Kitorang pernah "DATE" skali je masa tu dan pertama kali pula saya "DATE" dengan seseorang yang saya sayang kt MELAKA. Saya pula bukan jenis berjalan. Nak tak nak kenalah "DATE" sebab waktu tu, da stahun kitorang couple tapi dia tidak pernah jumpa saya. Hebat tak cinta kitorang. Cuma saya je cam wajah dia yang putih gebu,tembam, dan yang paling penting, tahu tentang agama. Inilah ciri yang saya cari selama ni berbanding ex-girlfriend yang dulu.

Tapi di sebabkan jauh dan dia pun agak sebuk menguruskan halnya, saya pula berkenalan dengan sorang lagi perempuan dan kapel pula dengan B. Bila si A (SI DIA) tahu saya sebak sangat sebab die menangis sebab saya curanginya. Sebenarnya bigini. Saya cuma membantu B. B desak saya untuk menerima dia. B mempunyai masalah sendiri terhadap lelaki. Terlalu desperate sehingga saya sendiri tidak tahu apa harus saya buat.Tapi dalam hati saya cuma ada A. Then bila try hati masih milik A. Itu yang pasti. Bila A dapat tahu, segera dia memutuskan hubungan yang ketika itu hampir jejak stahun setengah.

Allah jer yang tahu macam mana saya nak hidup tanpa A. Ketika itu saya tidak sempat memberitahu A sebab saya membantu B. Kalaulah A boleh dengar penjelasan saya. Tapi semua sudah terlambat. Sewaktu A tinggalkan saya, saya layan B serupa sampah. Sebab B saya kehilangan A. A adalah CINTA PERTAMA SAYA. Bukan mudah untuk menyerahkan hati saya pada insan lain. Akhirnya saya memutuskan hubungan dengan B tanpa belas kasihan.

Selama 5 bulan saya cuba merebut kembali hati A, tapi langsung dia tidak hargai dan biarkan saya bersama B. Sedang A tahu saya menyanyanginya. Begitu juga B yang tahu saya mencintai A. Ketika itu keputusan peperiksaan saya di universiti drop terlalu ketara tapi still lagi masih okey. Cuma pada saya terlalu drop. 2 semester berturut-turut pointer saya drop. Bayangkan ketika itu keadaan saya tanpa A. Lebih-lebih lagi saya dapat tahu A dah berjumpa insan lain. Lagilah saya bengang.

A pernah berpesan pada saya, HARGAILAH DIRINYA SELAGI DIA MASIH ADA. Ketika itu baru saya sedar kehilangan A dan amat memahami maksud tersirat dan tersurat yang A beri. Namun semuanya sudah terlambat untuk saya. Adakah A tahu saya masih perlukan dia sehingga sekarang ni dia sudah pergi hampir 3 tahun dan tiada siapa dapat menambat hati ini?

Sewaktu pemergian A dan B, saya lupa tanggungjawab saya sebagai orang Islam. Mana tidaknya, A selalu mengingatkan saya tentang solat dan ingat Allah S.W.T. Lepas renung diri saya kembali, rupanya saya masih banyak kekurangan. Akhirnya saya kembali pada jalan yang A beri pada saya. Dan Alhamdulillah saya masih mengingati ALLAH walau saya susah mahupun senang. Terus terang saya katakan kepada pembaca, saya tiada rakan menangis. Namun rakan untuk ketawa terlalu ramai. Ingat tu. Saya tahu semua pun begitu kan?

Cuma apa yang saya nak simpulkan disini, HARGAILAH KEKASIH ANDA SEKARANG. Kita tidak tahu apa akan jadi pada masa akan datang dan dugaan yang akan menimpa kita kelak. Sewaktu A pergi saya memang kesal, tapi akhirnya saya terima Qadak dana Qadar yang Allah beri. Walau cuma untuk seketika, kesannya amat mendalam. Tahu saya tidak menyesal? Sebab A tinggalkan HADIAH UNTUK SAYA. Apakah dia? SOLAT, SABAR, PERBAIKI DIRI DAN INGAT ALLAH. Sebab itulah saya amat menyayangi A. Alhamdulillah saya sekarang faham KEHENDAK Allah.

Sebenarnya Allah sengaja uji kita manusia di muka bumi ini untuk kita erserah diri dan menjadi hamba yang baik untukNya. Itulah sebabnya saya tidak kesal sangat. Sebab Allah kan ada? Sebab orang yang kita sayang pergi adalah untuk kebaikkan kita sendiri tidak sedar. Ini apa yang saya sedar. Apa yang saya tidak sedar? Allah sahaja yang tahu. So, pesanan saya, HARGAI SELAGI "DIA" MASIH ADA..dan sekiranyanya "DIA" pergi tinggalkan kita, ALLAH pula tidak pernah meninggalkan kita. Jadikan Allah kekasih kita InsyaAllah hidup kita sentiasa bahagia...

WaALLAHualam..